abg, ikan sepinggan ni berapa? 5 inggit. emm, byk sgt, sy nak 2 inggit boleh? boleh smbil si penjual ikan pegi ke belakang mencari saiz yg sesuai utk harga 2 inggit. siap dipotong lalu diberi kepada ank buahnya. si ank bertanya kembali harga ikan kepada si penjual sambil aku mengamati percakapan mereka. aku mushkil, sambil memilih ikan yg lain aku bertanya kembali, kali ini kepada si anak pula, berapa harga ikan tu dik? 6 inggit. haaa, terkejut aku..aku tanya sekali lg untuk kepastian, 6 inggit ye, kata si ank. isk, td mintak dgn tokey 2 inggit mcmana boleh jd 6 ni? err, ye ke, ok laaa 2 inggit la. memg dia ckp 2 inggit pun.
aku tergamam. macmana ni, bdk yg umur agk2 dalam 15 tahun pandai berputar belit. kck lg bdk tu. memg sah dia bohong sbb tanpa ragu2 dia bg dgn harga asal. hai, dunia....besarnya pengaruhmu terhadap masyarakat sekarang. mengejar kekayaan dunia tanpa rasa kesal kemudian harinya..tanpa rasa bersalah, tiada ungkapan maaf...mungkin dalam atinya, ah, tak berjaya nak kelentong yg ni, hahaha...takpe,lain kali pulak, agknyalah.....
adakah takdir mengejar waktu,
adakah waktu seiring dengan takdir...
apakah cukup sekadar membiarkan takdir berlalu sebagai penentuan segalanya...
memang kita manusia biasa
tp apakah kita perlu hanya berserah kepada takdir,
membiarkan ia berlalu melampau waktu...
setiap detik, setiap ketika...
Tajuk Lagu: Jasa Bonda
Penyanyi/Artis: Warisan
Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
(*)
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
(Ulang *)
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
10 ogos 2000, 7.00 pagi, lokasi: di rumah ibu ku, kelantan..
ayam berkokok, pintu ku buka, angin sepoi2 menghembus ke muka,...ahhh, segarnya angin pagi....indahnya alam diselubungi dengan udara tanpa pencemaran....
10 ogos 2010, 7.00 pagi, lokasi: di rumahku, jitra, kedah..
tiada lagi ayam berkokok, pintu ku buka, bau asap menusuk hidungku, perit...sangat perit..., dari manakah datangnya asap ini di pagi hari. aku tertanya....
seorang jiran merapati aku, mengeluh dengan daun2 yg berguguran di halaman. dah tak mampu lg katanya untuk menyapu daun kering. ingin sekali dia menebang pokok yg melonggokkan sampah di depan rumahnya. aku terpaku....apa besar sangatkah kesalahan pokok di kaki lima sehingga mendesak untuk ia ditebang...
sedih aku memikirkan tahap kesedaran masyarakat kita. apa yang pokok berikan kita tak ternilai harganya, oksigen di waktu malam, buah di kala musim, teduh di kala panas..bukan hanya mengeluh akibat daun kering yg berguguran. entahlah...., tp sungguh aku tak dapat bayangkan kehidupan apabila mencecah 10 ogos 2020 nanti...



Zaman semakin berubah, dari permulaan terciptanya kertas daun papirus di Mesir hingga kini software AutoCAD dah pun masuk version 2010, lukisan merupakan medium penting dalam menyampaikan idea rekabentuk yang detail.
Dari lukisan 2D hingga 3D objektifnya sama, menzahirkan ilham. Bak kata pepatah, satu lukisan boleh membawa sejuta makna. Yang terbaru sempat juga belajar sikit program CATIA dalam kelas. Tak biasa langsung dengan CATIA, bagi yang biasa dengan SolidWork rasanya tiada masalah. Dari awal lagi (sekolah menengah) didedahkan dengan AutoCAD, jadi walaupun untuk subjek CATIA buat juga dengan AutoCAD. Dulu belajar pun R14, tapi bila explore version terkini bolehlah nak menyiapkan tugasan yang diberi. Saya budak baru belajar .....


Baru saja nak belajar menggunakan Photoshop CS4, banyak fungsi yang boleh diterokai. Buat permulaan dapat juga menghasilkan 2 gambar seperti diatas. Apa yang boleh dirumuskan dalam penggunaan Photoshop, kena pandai memanipulasi fungsi layer. Yang terbaru, Photoshop CS5 akan muncul, CS4 pun tak habis belajar lagi. Tungguuuuu...
Permulaan baru untuk berkongsi cerita, ada kalanya gembira, ada kalanya duka. Apa sebenarnya yg buat kita leka..... Plot cerita sentiasa berubah, itu bukannya masaalah, tak perlu madah berhelah, yg penting tetapkan ibadah.
Salam perkenalan di sekelumit kehidupan.