cita-cita dan air mata....

selalu kita dengar cinta dan air mata. seolah tidak dapat dipisahkan. terlalu sinonim perumpamaan itu. tp kita lupa yg cita-cita juga kadangkala menitiskan air mata. penuh dengan cabaran dan dugaan yg kadangkala membuatkan kita rasa tersepit di antara kemahuan, keperluan dan kewajipan.

cita-cita memang eronik. berusaha mencapai cita-cita adalah sesuatu yg lebih eronik. tp sedarkah kita dengan apa yg perlu kita utamakan adalah nilai sebuah kehidupan. di manakan terletaknya kebahagian jika yg dikejar cumalah bayang-bayang. ketahuilah, kenalilah dan pertimbangkanlah apakah cita-cita kita perlu untuk mengisi kebahagiaan. baik di dunia mahupun di akhirat kelak. baik untuk diri sendri mahu pun kehidupan di sekelilingnya. suami, isteri mahu pun anak-anaknya...

air mata dan cita-cita mesti dipisahkan. tiada air mata yang mengiringi cita-cita kerana apa yang kita citakan hanya kebahagian untuk diri kita, keluarga dan masyarakat sekeliannya baik di dunia mahupun akhirat. berusahalah dengan ikhlas tanpa perlu mencurah walau setitik air mata... sesungguhnya, tiada apa yang benar melainkan kebahagian tanpa tangisan...

deco laman...





manusia cepat bosan...betul ke?
atau manusia sentiasa selesa dgn apa yg ada hari ini..
emm, atau manusia sentiasa mahukan perubahan..?
walau apa pun, sekali sekala perlu juga sedikit pembaharuan...
bkn sbgai pembaziran tp cukup untuk memberi keselesaan..
bersyukurlah dgn apa yg ada hari ini dismping berusahalah untuk perolehi sesuatu yg lbh baik di masa depan....
insyaAllah, kita akan beroleh kejayaan...